5 Tips Tingkat Traffic Website!

Posted by on Feb 4, 2014 in Tips Website

5 Tips Tingkat Traffic Website!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera! Semoga rakan-rakan sihat sejahtera dan sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya, amin.

Pada kali ini, SifuArif ingin kongsikan tips yang begitu penting iaitu 5 tips tingkat traffic website!

Sebelum itu, bagi mereka-mereka yang masih ‘janggal’ dengan istilah-istilah online marketing, secara umumnya ‘traffic’ bermaksd pengunjung/pelawat kepada website kita.

Jom kita tengok apakah 5 tips tingkat traffic website!

5 Tips Tingkat Traffic Website

TIPS 1 : BERINFORMASI

Apa maksud berinformasi? Maksudnya, website yang kita bina pastikan berinformasi kerana golongan yang suka mengunjungi blog-blog atau website-website yang diminati antara sebabnya ialah mereka ingin mencari informasi-informasi yang berguna untuk mereka.

Jadi, pastikan website/blog yang anda bina ada ruangan untuk artikel-artikel dan bukan sekadar maklumat-maklumat yang bersifat statik!

5 Tips Tingkat Traffic Website

TIPS 2 : KEMAS DAN MENARIK

Tips 2 ini ialah website yang dibina mestilah ‘kemas’ dan ‘menarik’!

Sebelum itu, perlu difahami, maksud ‘menarik’ terlalu subjektif dan perlu difahami dari sudut pandang sebuah website. Sebuah website yang ‘menarik’ bukanlah sebuah website yang dipenuhi dengan pelbagai ‘widget’ atau ‘animasi-animasi’ ¬†yang mengganggu pandangan!

Jadi, pastikan website/blog yang dibina kelihatan kemas dan menarik!

5 Tips Tingkat Traffic Website

TIPS 3 : PROMOSI DI LAMAN SOSIAL (FACEBOOK)

Tips 3 ialah prmosikan website/blog yang telah dibina di laman sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain!

Kenapa perlu promosi?? Ya, bayangkan anda membina sebuah kedai dengan pelaburan yang begitu tinggi, dihiasi dengan pelbagai hiasan yang menarik. Namun, anda terlupa untuk membuat iklan lokasi kedai anda, produk atau servis yang anda tawarkan dan lain-lain, adakah pelanggan akan tahu dimana kedai anda? Servis atau produk yang anda tawarkan? Jawapannya sudah semestinya TIDAK!

Jadi, pastikan anda melipatgandakan usaha untuk membuat promosi-promosi di laman sosial kerana promosi tersebut adalah PERCUMA!

5 Tips Tingkat Traffic Website

TIPS 4 : KOMEN DI WEBSITE LAIN

Tips 4 ialah bertindak untuk komen di website orang lain!

Komen di website orang lain?? Ya, komen di website orang lain. Mungkin anda tidak nampak apakah fungsinya bila anda komen dalam artikel yang di post oleh orang lain kerana inilah strategi untuk kita tinggalkan ‘link’ website kita di website orang lain!

Apa yang berlaku?? Ya, bila link kita kekal dalam bahagian komen website tersebut, secara tidak langsung ia akan menarik traffic website tersebut ke website kita!

Jadi, mulai sekarang, bertindak untuk mencari website yang mempunyai ‘niche’ yang sama dengan website anda dan tidak perlu kedekut untuk meletakkan sebarang komen yang positif kepada website tersebut!

5 Tips Tingkat Traffic Website

TIPS 5 : MENJAGA KEYWORD DALAM ARTIKEL

Tips 5 ini lebih kepada bagaimana untuk kita tingkatkan traffic website melalui Search Engine Optimization (SEO)!

Adakah anda ingin melihat kedudukan website anda berada di tingkat yang teratas bila ditaip di search engine??

Sekiranya YA, anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana caranya untuk meningkatkan SEO seterusnya meningkatkan traffic website anda dengan memuat turun E-Book PERCUMA di —>>|| HENTAKAN SEO GEGAR JUALAN ||

Semoga dengan perkongsian 5 tips tingkat traffic website ini akan membantu anda untuk meningkatkan traffic website yang telah dibina seterusnya meningkatkan jualan online anda!

Selamat maju jaya!

Pena,

-SifuArif-

logo sifu arif

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge