Jana Pendapatan Online Melalui Affiliate System!

Posted by on Jan 11, 2014 in Tips Pemasaran Online

Jana Pendapatan Online Melalui Affiliate System!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat rakan-rakan yang dikasihi. Bertemu lagi kita di ruangan perkongsian ILMU daripada saya…SifuArif.

Pada perkongsian kali ini, saya akan kongsikan antara RAHSIA bagaimana kebanyakan Internet Marketer menjana kewangan dengan mudah secara online! Anda ingin tahu??

Baiklah, saya akan kongsikan kepada anda semua rahsia bagaimana jana pendapatan online melalui affiliate system.

Sebelum itu, saya ingin tahu, adakah anda pertama kali mendengar tentang Affiliate System?? Anda tahu apa itu Affiliate System?? Mungkin ada dikalangan anda telah mengetahui tentang Affiliate System dan mungkin ada ‘zero’ tentang apa itu Affiliate System.

Tidak mengapa, perkongsian saya ini lebih kepada ‘membuka minda’ anda semua yang mungkin baru ‘berjinak-jinak’ dalam dunia Internet Marketer.

Mudah untuk difahami, affiliate system adalam satu sistem yang dibina untuk meluaskan lagi pasaran secara online. Kebanyakan syarikat yang mengeluarkan produk akan membina sistem ini untuk melantik lebih ramai lagi agen-agen yang akan mempromosikan produk mereka.

Mungkin anda boleh fahami ilustrasi umum bagaimana sistem affiliate ini berfungsi (lihat rajah di bawah) ;

affiliate-system

Ok, untuk lebih memahami bagaimana untuk anda jana pendapatan online melalui affiliate system, saya tunjukkan step praktikal daripada sistem affiliate yang kami telah bina pada website kami. Ikuti langkah-langkah di bawah ;

LANGKAH 1 : Klik di bahagian ‘affiliate’¬†

Sistem Affiliate

LANGKAH 2 : Lengkapkan maklumat diri seperti yang dikehendaki

Sistem Affiliate

Sistem Affiliate

LANGKAH 3 : Semak email anda untuk dapatkan detail pengesahan pendaftaran
Sistem Affiliate

LANGKAH 4 : Login ke ruangan admin dengan Username & Password yang telah anda isikan di awal pendaftaran

Sistem Affiliate

LANGKAH 5 : Dapatkan ID Promosi anda (seperti dalam rajah di bawah), kemudian copy ID tersebut 

Sistem Affiliate

LANGKAH 6 : Paste ID anda di ruangan update post Facebook personal. Untuk menarik rakan-rakan klik pada ID anda, karang ayat ‘power’ untuk menarik rakan-rakan klik pada ID anda!

Sistem Affiliate

Mudah bukan step-step untuk memulakan langkah jana pendapatan online melalui Affiliate System??

Bukan kami sahaja yang membina sistem ini, ramai lagi syarikat-syarikat lain yang menawarkan sistem affiliate kepada sesiapa yang berminat untuk menjana kewangan secara Online TANPA KOS dan MUDAH! Jangan lepaskan peluang untuk membina karier online samada secara PART TIME/FULL TIME/OVER TIME !

Selamat maju jaya!

Pena

-SifuArif-

logo sifu arif

 

 

 

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge