Kuasa ‘BRANDING DIRI’!

Posted by on Jan 6, 2014 in Tips Pemasaran Online

Kuasa ‘BRANDING DIRI’!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan yang disayangi. Pada kali ini, SifuArif ingin kongsikan satu perkara yang terlalu penting bagi seorang yang bergelar ‘Internet Marketer‘ iaitu KUASA ‘BRANDING DIRI’!

Kenapa agaknya SifuArif kongsikan mengenai KUASA ‘BRANDING DIRI’ pada kali ini??Ya, saya ingin kongsikan satu perkara yang dilihat ‘biasa‘ bagi mereka yang menjalankan bisnes online secara ‘BIASA-BIASA‘, namun dilihat ‘luar biasa‘ bagi mereka yang menjalankan bisnes online secara ‘LUAR BIASA‘!

kuasa branding diri

Baiklah, mudah sahaja untuk anda memahami intipati yang cuba disampaikan oleh saya. Ok, sekarang cuba anda bayangkan dalam minda sedar anda…satu logo yang seringkali anda lihat…logo KFC!! Dapat bayangkan?? Kalau anda tidak dapat bayangkan, mungkin anda jarang melihat televisyen atau tidak keluar dari rumah!! Huhu…sekadar lawak..jangan ambil hati ekk!

Emm…saya yakin majoriti anda semua akan dapat bayangkan logo KFC tersebut, setuju?? Ya, saya juga dapat bayangkan…logo seorang ‘pakcik tua‘ yang berjanggut putih…memberikan senyuman yang manis kepada saya!!

logo KFC

Nah, anda semua dapat bayangkan wajah yang sama dengan apa yang saya dapat bayangkan, betul bukan?? Soalan saya, agak-agaknya, kenapa kita dengan ‘mudahnya‘ dapat bayangkan logo KFC tersebut dalam minda kita??

Ya, inilah yang dikatakan sebagai ‘psikologi‘ iklan ‘separa sedar‘! Teknik yang digunakan oleh hampir semua syarikat ‘gergasi‘ dan telah berjaya membuat jualan jutaan ringgit!

Apa yang dimaksudkan dengan ‘psikologi iklan separa sedar‘??

Ya, mudah difahami, anda mungkin tidak perasan perkara ini…contohnya iklan syarikat yang mengeluarkan produk KFC…kita seringkali terserempak dengan iklannya di tepi jalan, dalam televisyen, dan jika di premisnya…papan tandanya ‘besar‘ dan dari jauh kita dapat lihat! Setuju?? Ya, inilah kaedah yang tepat bagaimana untuk menarik pelanggan melalui ‘psikologi iklan separa sedar‘!

Iklan yang disiarkan ‘berulang-ulang‘ kali adalah bertujuan untuk ‘memasukkan‘ mesej ke dalam ‘minda separa sedar‘ kita semua agar bila kita terasa untuk makan ‘ayam goreng‘, pasti kita akan teringat kepada KFC (itu saya lah..huhu). Jika ingin diterangkan mengenai ‘minda separa sedar‘, mungkin kurang sesuai di ruangan perkongsian pada kali ini, cukup sekadar kita memahami bahawa untuk kita membina KUASA ‘BRANDING DIRI’, teknik psikologi iklan separa sedar ini perlu dipraktikkan!

Nah, soalan saya kepada anda…apakah BRANDING DIRI anda?? Anda telah memiliki BRANDING DIRI agar bila rakan-rakan atau orang lain melihat logo tersebut, mereka akan ‘ingat‘ kepada anda???

branding diri

Baiklah, sekiranya anda ‘belum‘ mempunyai sebarang BRANDING DIRI…mulakan langkah ke arah membina BRANDING DIRI. Satu ruangan PERCUMA di media sosial antara tempat yang paling mudah untuk kita BRANDING DIRI!

Logo adalah salah satu kaedah untuk BRANDING DIRI yang mudah untuk dilaksanakan! Jom, kita sama-sama membina KUASA ‘BRANDING DIRI’ seterusnya meningkatkan jualan secara online!

branding

Pena

-SifuArif-

logo sifu arif

 

 

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge